Seminar PPHBM yang dianjurkan oleh PPHBM adalah diadakan khusus sekali setiap tahun. Pada tahun 2025, seminar telah diadakan di IDCC Shah Alam dan dirasmikan oleh YB Puan Jamaliah Binti Jamaluddin, Exco Kesihatan Awam & Alam Sekitar Negeri Selangor
Pertandingan Boling PPHBM dianjurkan buat julung kalinya diadakan di setiap peringkat zon bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli persatuan serta seluruh warga kerja pusat hemodialisis di bawah persatuan.
Jalinan kerjasama strategi kolaboratif di antara Persatuan Pengusaha Hemodialisis Bumiputera Malaysia (PPHBM) dengan PELITAWANIS TNB diusahakan untuk manfaat ahli PPHBM.
MENGAPA PERLU MENDAFTAR SEBAGAI AHLI?
Politikal
PPHBM membantu pengusaha pusat hemodialisis bumiputera Malaysia untuk menjalinkan perhubungan dengan Kementerian dan pihak berkuasa untuk mengetengahkan masalah yang timbul.
Pembiaya
PPHBM membantu pengusaha pusat hemodialisis bumiputera Malaysia untuk menjalinkan perhubungan dengan Badan Pembiaya untuk urusan tertentu.
Perhubungan sesama Ahli
Membantu ahli-ahli untuk menjalinkan hubungan diplomatik sesama sendiri.
Program Kemahiran & Kerjaya
Pihak PPHBM menyediakan program-program Kemahiran & Kerjaya untuk staf-staf pusat hemodialisis.
Kemudahan Sosioekonomi Ahli
(Pembelian Pukal) PPHBM membantu ahli-ahli dari segi ekonomi hemodialisis dengan menyediakan beberapa keistimewaan.
Anak Syarikat
SERTAI KAMI SEKARANG!
Daftar menjadi ahli Persatuan Pengusaha Hemodialisis Bumiputera Malaysia sekarang untuk mendapatkan faedah-faedah yang ditawarkan.