siapa kami?
Latar belakang pphbm
Persatuan Pengusaha Hemodialisis Bumiputera Malaysia (PPHBM) ditubuhkan pada 06 November 2006 di atas sokongan dan gabungan para pengusaha pusat hemodialisis bumiputera Islam swasta dan NGO yang meliputi Semenanjung Malaysia. Persatuan ini merupakan satu titik tolak kepada penyatuan para pengusaha bumiputera Islam di dalam industri hemodialisis di Malaysia.
Persatuan ini juga merupakan platfom bagi pengusaha-pengusaha hemodialisis bumiputera Islam di Malaysia untuk membincangkan permasalahan dan isu yang timbul bagi mencari satu penyelesaian atau pendirian yang kukuh demi kepentingan ahli-ahli persatuan.
Di sepanjang penubuhannya, persatuan telah banyak membantu menyuarakan permintaan ahli termasuklah melibatkan masalah pelesenan, pembiayaan mahupun bantuan dari segi ekonomi yang melibatkan program pembelian pukal. Langkah ini diambil bagi menjaga kepentingan ahli agar terus bersama menyumbang khidmat dan tenaga di dalam industri hemodialisis serta menjaga kebajikan pesakit buah pinggang di Malaysia.
Kretaria utama kelayakan menjadi ahli PPHBM adalah pengusaha mestilah tergolong dalam salah satu kategori berikut :
- Milikan 100% oleh Bumiputera Islam
- Majoriti syer syarikat milik Bumiputera Islam
- NGO bertaraf Bumiputera Islam
Sejak penubuhannya pada 6hb November 2006 hingga kini keahlian persatuan telah pun mencecah 89 ahli yang mengendalikan 152 buah pusat hemodialisis dan merawat lebih 6500 orang pesakit buah pinggang.
VISI
Menjadi peneraju dan pemacu kepada sebuah organisasi pengusaha-pengusaha bumiputera Islam yang memberikan perkhidmatan rawatan hemodialisis yang terbaik, berkualiti dan patuh syariah.
MISI
- Menyatupadukan pengusaha-pengusaha hemodialisis bumiputera di Malaysia.
- Mematuhi perundangan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dibawah Akta 586.
- Mengadakan piawaian dan polisi dikalangan ahli untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan selamat kepada pesakit.
- Melahirkan pengusaha-pengusaha bumiputera Islam yang berdaya saing demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
- Melahirkan pengusaha yang mengutamakan prasarana yang selesa untuk pesakit dan pekerja.
- Melahirkan pengusaha yang bersikap amanah dan bertanggungjawab.
- Mewujudkan cara kerja yang tidak melanggar hukum-hukum syarak dari segi pertuturan, perubatan, pakaian dan pergaulan.
- Melahirkan pengusaha yang memahami dan menghormati masalah dan keperluan pesakit.
- Melahirkan pengusaha yang bersopan santun, ikhlas dan profesional dalam mengendalikan kerja.
TUJUAN PPHBM
- Menjadi wakil rasmi ahli-ahli persatuan untuk menyuarakan pendapat atau mengutarakan apa-apa masalah kepada piha-pihak berkenaan berkaitan perusahaan dan perkhidmatan hemodialisis
- Merupakan tempat atau badan untuk pengusaha-pengusaha hemodialisis bumiputera di Malaysia berbincang mengenai apa-apa permasalahan dan isu yang timbul agar satu penyelesaian atau pendirian yang kukuh dan realistik dapat dicapai dan dilaksanakan demi kepentingan ahli-ahli.
- Membina dan mengadakan usahasama atau rangkaian yang baik dengan agensi-agensi lain bagi meningkatkan mutu perkhidmatan ahli-ahli.
- Merancang dan mengusahakan tindakan-tindakan untuk mengukuhkan lagi kedudukan pengusaha hemodialisis bumiputera Islam di dalam industri perkhidmatan rawatan hemodialisis di Malaysia.
- Mengadakan panduan bagi konsep perkhidmatan hemodialisis untuk ahli-ahli persatuan.
- Menetapkan piawaian dari segi mutu perkhidmatan dan rawatan hemodialisis kepada ahli-ahli agar mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan keyakinan dari pesakit-pesakit yang dirawat.